Ada masalah gegaran otak ke? Sila ke sini!

26/03/2011

Aku seorang poseur.

Aku syukur sangat aku hidup dalam negara bertuah ni. Malaysia. Entah kalau aku hidup negara lain, sempatkah aku bermuhasabah? Atau aku terus terleka dibuai minda? Ataupun aku dah lama mati di telan bumi?

Aku seorang poseur.

Bila aku fikir setelah 20 tahun aku hidup ni, aku sendiri tak dapat bayangkan arus mana aku ikut. Tapi aku nak cakap kat sini, dah memang lumrah alam, semua orang poserr kot! Mana ada bayi hisap tetek sampai ke tua. Macam fared ayam cakap, "Tak salah jadi poseur, tapi takkan selamanya kita nak jadi poseur".

Aku mula-mula seorang budak yang skema gila babi, masa sekolah rendah tuck in sampai perut, beg power rangers kaler biru, bersongkok baldu kadang-kadang bergaya rambut ala david beckham. Heh. Lepas tu naik sekolah menengah, mana datang knowledge skinhead masuk kepala otak aku. Sebab aku dengar brader2 kampung main gitar lagu acab. Kat ipoh aku mula lepak2 kedai kaset kat yik foong cari lagu2 skinhead. Aku gila minat kat edy.

Aku dengar lagu, aku cari lirik. Orang yang bertanggungjawab meracun otak aku masa tuh adalah scay. Tapi masa tu dia tak layan skinhead dia gila babi punya grunge. Baju mesti nak kotak2, seluar mesti nak koyak2. Beg sandang mesti ada smiley punya. Penah satu hari kantoi dengan cikgu muzik sekolah zine ape tah. Kena sound kat muka je. Knowledge tak cukup power. Biasalah, baru form 2!

Skinhead? Pakai kemeja putih, tuck in, rambut pendek. macam aku dulu2.

Dah naik form 3 baru lah aku masuk scene underground. Tapi masa tuh, susah nak dapat tengok live band pakai fred perry, jacket ben sherman kasut dr marten. Masa ni lah banyak band-band indie naik. Freelove, Bittersweet, Couple. Masa ni aku dah start boring nak ikut pergi gig bodysurf. Aku plak susah nak dapat info. Aku pusing2 lah satu perak. Aku pegi teluk intan. Yeah! Kat stesen bas teluk intan aku jumpa ramai budak berkepala botak. Masa tu pulak aku dress biasa je, T-Shirt Londsdale hitam, kasut adidas je. Bagusnya geng skinhead neh, brotherhood diorang kuat. Aku baru je turun bas, diorang dah ajak lepak. Okay lahh. Yang tak okay, diorang sua aku air setan. haram apa aku nak minum?!

Aku pergi ke manjung, kat situ scene pun hebat jugak. Aku cuma jumpa mereka yang bermotor vespa je. Tapi kalau ke studio. Kebanyakkan semua layan metal. Haha. Masa tu aku tak layan sangat metal. Otak aku da dibasuh. Metal = Black Metal = Minum darah kambing. Masa tu aku kecik2 ja. Biarlah.

Kat sekolah dulu ada buat band, aku jadi bassist. Mula2 saja nak suka2. Tapi peliknya, aku nak layan lagu acab, gitaris nak layan lagu nirvana, rhythm plak nak main lagu rock melayu. adeh. rojak 1 Malaysia lah masa tuh. Sampai form 5, berapa kali tukar line up. Masa nih aku da tinggalkan scene, aku banyak buat benda2 lain. Aku terputus bekalan. Maka masuk lah bahan dari radio, aku tak dengar radio dulu. Semua layan greenday, system of the down, my chemical romance, avenged sevenfold. Dah semua bandmates aku layan lagu tu, aku pun kena lah study. Tapi tak ke mana pun lagu2 tu semua.

Sampai lah aku habis spm, kebanyakkan aku lagu aku layan still lagu skinhead, lagu ska. acab, roots n boots, the official, the siblings, gerhana ska cinta, corumn 80 dll. Kampung aku kat melaka tuh da la paling hujung, aku pulak duk asrama. Mana aku kenal sangat budak2 yang layan lagu macam aku. Aku buat hal aku sendiri lah. Sampai lah masa nak ke Rock The World 7, aku tipu mak bapak aku cakap ada reunion kat kl. Aku gerak sorang2 naik bas pergi pudu. Baru lah aku terserempak budak2 tempat aku. oh!

Masa ni lah baru nak kenal2, baru lah tukar-tukar lagu. Baru lah rasa seronok. Masa ni lah aku dapat banyak lagu2 rocksteady, reggae. Member aku ni gila Pure Vibracion. Aku macam biasa lah study lirik. Not bad! Pergi lah bar yang ada band reggae perfom. Masa ni lah aku seronok skankin. Kalau dengan budak skinhead, mesti sakit tulang keting aku kena boot diorang, tapi layan lagu macam ni. Best, tak payah simpan speck. Tak tercampak punya.

Sampai lah aku ke shah alam, jumpa mamat rasta gila. Biasa orang tempat dia panggil Sin Chan. Dia lah yang banyak bagi aku lagu-lagu lain. Masa tuh aku dah tak bersungguh. Aku layan-layan biasa. Sampai stim tak sudah. Haha.

Dalam 10 tahun yang lepas, bukan tu je apa yang aku lalui. Tapi apa yang aku dapat? Aku terlupa pada yang satu. Sebab tu masa Rock The World 8, aku terkejut gak tengok Megat naik stage pakai jubah, siap berserban lagi. Apa jadah dia buat nehh? Aku tak da la tanya dia terus. Tapi aku ambil sikit apa yang dia kata.

"Some might say that i've killed the revolution but in the end it's my life that really needs a solution"

What solutions that we really need in our life? I have thinking about that! Tak tau lah betul atau tidak, kita semua perlu kembali ke pangkal jalan. Islam adalah solusinya.

Aku memang poseur gila kan? Tapi aku tak kesah semua tu. Aku tak boleh ubah apa-apa pun. Aku tau apa aku cari selama ni. Aku takkan putus asa untuk mencari lagi.

-A-

2 comments:

Anonymous said...

some might say we've killed revolution, but deep inside, because of the solution, we'll fight fi the revolution..

semua orang adalah "wanna be". just be it, be yourself, who you are!!!

keep da gewd breath inside. ;)

Anonymous said...

some might say we've killed revolution, but deep inside, because of the solution, we'll fight fi the revolution..

semua orang adalah "wanna be". just be it, be yourself, who you are!!!

keep da gewd breath inside. ;)