Ada masalah gegaran otak ke? Sila ke sini!

11/09/2011

Tetamu Tidak Diundang

Tetamu sudah tentu bukan tuan rumah. Sudah lah tidak diundang, suka-suka masuk rumah orang.  Apa salah bagi salam dulu, ketuk pintu ke. Okay, tak kisah lah, dah berjaya masuk pun kan? Tapi kenapa pula pula berlagak tuan rumah? Ke sana ke mari, cucuk sana tusuk sini. Tolong lah.

Memang bukan dia pinta lahir ke dunia sedemikian rupa. Mungkin dia memilih untuk menjadi begitu gamaknya. Kurang belajar atau kurang ajar? Kita orang nusantara bukankah kaya dengan adab dan tatasusila yang sopan? Orang berbudi kita berbahasa, tapi kalau orang macam ni, tak patut nak berbahasa lagi. Tangan je suatu hari nanti.

Aku tak marah kau, aku marah kejahatan dalam diri kau.

Bahkan aku lagi suka kita berkenalan. Kita boleh berkongsi pelbagai. Tapi aku cuma tak suka orang ambil kesempatan. Bukan aku yang bisu tak bersuara, cuma kau pekak tak mendengar. Tak apa, kita cuba lagi.

Hormat menghormati, barulah sayang menyayangi. kan?

-Jebat Madani-

No comments: