Ada masalah gegaran otak ke? Sila ke sini!

22/03/2011

22032011

Aku mengantuk. Sepatutnya aku habis kerja pukul 12.00 tengah malam tadi, tapi sekarang jam sudahpun melewati hampir pukul 5.00 pagi. Masih ada 10 komputer menyala. Masing-masing bersama headphone di telinga, berada di alam fantasi. Serupa macam tiada orang di sini. Aku berseorangan di meja hadapan melayan Youtube Symphony Orchestra 2011. Pertama kali aku tengok video kat youtube panjang macam ni.

Fad mungkin ada masalah besar, banyak kali aku call dia sejak beberapa jam yang lepas. Masih tak dapat dihubungi. Kebiasaanya memang Fad selalu datang lambat. Tapi hari ni berlainan, sudah berjam-jam, bayang pun tak nampak. Aku bukan nak mengeluh. Aku cuma kebosanan. Kawan-kawan facebook beransur-ansur offline. Mengambil waktu untuk tidur hingga ke tengahari esok. Nanti tiba giliran aku pula untuk tidur bila matahari menyinsing di waktu pagi.

-A-
 

No comments: