Ada masalah gegaran otak ke? Sila ke sini!

24/12/2010

Loser!

Dalam perjuangan ini, biasalah semua ingin menang. Tapi aku tak kesah semua tu. Sebab aku tahu, siapa yang menerima apa yang diajar oleh agama. Dia lah sang juara.

Semua kata mereka yang betul. Biarlah, aku tak peduli. Mereka cakap aku yang salah, aku si celaka. Aku faham. Kalau betul mahukan kebetulan itu ambil lah. Kerana aku berpegang pada ajaran yang benar. Faham ke apa yang dikatakan kebetulan dan kebenaran?

Kalau betul mahukan kemenangan itu, siapakah yang lebih berhak untuk mengiktiraf kemenangan itu?? Adakah dia tuhan?

Aku rela kalah dari menurut lagi hujah-hujah yang tak berasas. Kenapa aku rela kalah? Kerana aku cuma remaja berusia 20 an. Aku muda. Tapi aku punya semangat waja. Cuma aku lemah. Aku kekurangan ilmu. Sebab tu aku perlu kalah, sebab aku belajar dari bawah.

Biarlah aku kalah. Aku si celaka. Aku budak baru belajar.

-A-

No comments: