Ada masalah gegaran otak ke? Sila ke sini!

30/12/2010

Hak dan Kebebasan

Nak salahkan siapa jika hari ini semua orang tidak menghargai kemerdekaan negara?

Aku tak kesah sangat, kalau ditanya, memang semua nak salahkan pihak yang lain. Apa yang aku kesahkan,  memang aku tak faham apakah makna sesetengah orang yang bersungguh hendak memperjuangkan hak dan kebebasan? Sedang yang lain sibuk benar-benar mahukan sebuah kebenaran, mereka beul-betul mahukan kebebasan. 

Hak dan Kebebasan. Sebuah ungkapan yang aku faham pengertiannya. Tapi apa yang aku ragukan, adakah mereka ini benar-benar mengerti apakah hak yang mereka perjuangkan itu. Apakah alasan yang membuatkan mereka kata ianya adalah hak mereka? Siapakah yang mengiktirafnya? Apakah akan timbul sebuah alasan yang berasas? atau semata-mata kerana mahukan sebuah hidup yang liberal, mahu menjadi amerika?

Mengadanya orang Malaysia, kena dengan pepatah Melayu, diberi betis mahukan peha. Kalau betul nak peha, kenal dulu siapa yang bagi betis. Ada faham kah?

-Jebat Madani-

No comments: