Ada masalah gegaran otak ke? Sila ke sini!

21/09/2011

Bisnes

Dah memang aku tak suka dengan orang berbisnes nak buat macam mana? Semua penipu! Yang Ini baik, yang itu pun baik. Bila turun tandatangan, haprak banyak yang rosak. Kata ini free, itu free. Diam tak diam, banyak caj tersembunyi. Ayat mesti mau manis maa. Hey. Budak kecik pun tau lah, awak tu tuang airnya sikit, ais saja yang lebih.

Kawan, 

Aku tau lah kau memang ada bakat dalam bidang ni. Aku tau kau beli kereta dua-dua cash, aku tau kau baru buat kilang, aku tau duit masuk dalam akaun kau lebih 10 ribu sebulan. Dah banyak kali kau bagitau. Tapi aku tak suka, sedang kau bersuka ria. Ada lagi yang masih tidak merasa. 

9/10 rezeki datangnya dari berniaga.

Sudahlah, aku tanak dengar ayat motivasi kau. Mengaku je lah kau tu kapitalis. Kan kau sekarang bos? Dasar bos tahu maki orang bawah saja. Kau kata tak payah belajar, yang penting hanya pengalaman. Dulu kau hidup susah, beli rokok batang-batang. Kau berjaya sebab atas usaha diri sendiri. Aku pula sekarang terkial-kial belajar. Nanti bila dapat kerja hidup bayar hutang. 

Kawan, 

Jangan salah faham. Aku suka tengok kau berjaya. Tapi jangan bandingkan hidup aku dengan hidup kau. Jangan cakap besar sangat. Aku lebih suka bersederhana. Kau yang kaya, jangan lupa. Jangan lupa !


-Jebat Madani-

No comments: