Ada masalah gegaran otak ke? Sila ke sini!

19/12/2010

Cetusan Idea Gila

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Segala pujian aku sembahkan kepada-Mu Ya Allah. Engkau sahaja yang berhak menerima segala puja dan puji. Selawat dan salam sejahtera dilimpahkan ke atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW yang semulia-mulia utusan-Nya, serta ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya.


*********************************************************

Aku sebenarnya bukan hamak sangat nak berblogging ni. Sampai buat blog lagi satu. Tapi aku berpandang pada sudut yang positif. Eh! Aku tau lah aku ada blog, ! GENERASI ERA REMAJA !. Jangan risau, aku takkan tinggalkan blog tu macam tu je. Aku ada alasan sendiri kenapa aku buat satu lagi blog ni.

Kita kan berada di zaman IT. haha! 

 Memang lah blog ! GENERASI ERA REMAJA ! pada asalnya blog peribadi aku. Siapa follow blog tu dari mula, mesti tau nama asal blog tuh. Tengok lah post2 yang lama. Kebanyakkannya memang pasal hidup aku semata-mata. Sebabkan aku fikir hidup ni bukan lah untuk aku seorang je, hidup kita bermasyarakat. Aku rasa semakin aku meniti usia ni, aku banyak belajar tentang hidup. Jadi aku kongsi lah kat situ. .

Tapi bila lama kelamaan, aku jadi skema dengan blog tuh. haha. tapi aku bukan lah skema sangat. sebab aku ni ada penyakit, gegaran otak macam ni macam ni. haha!

Aku dah lama rancangkan nak buat blog ni. Pada asalnya, aku tanak guna blogspot. Aku fikir baik guna tumblr ke wordpress ke. Jadi aku dah buat satu akaun tumblr, tapi aku rasa lebih baik aku kat sini. Sebab kebanyakkan blog-blog *hebat guna blogspot. Senang aku nak buat rujukan. Nanti lah aku fikirkan apa nak buat dengan akaun tumblr tuh.

Tanggal 12 Muharram 1432, genaplah umur aku 21 tahun dalam dunia ni. Mulai tahun ini, sebelum aku sambut sendiri hari jadi aku 12/1 , aku kena puasa sunat 2 hari 10-11 Muharram. Bagusnya! Puasa sunat ashura :)

Syukurlah. Usia aku dipanjangkan lagi!

-A-


No comments: