Ada masalah gegaran otak ke? Sila ke sini!

07/06/2012

Lirik Lagu Darah Rakyat

Darah rakyat masih berjalan, 
Menderita sakit dan miskin,
Padanya datang pembalasan, 
Rakyat yang menjadi hakim. 
Rakyat yang menjadi hakim. 

Ayuh! ayuh! Bergerak! Sekarang! 
Merah Putih panji-panji kita. 
Merah warna darah rakyat, 
Merah warna darah rakyat.

06/06/2012

Siapa Punya?

Minggu ni aku dapat cuti, jadi aku pun balik kampung halaman kat Melaka. Aku ada 2 orang adik yang masih sekolah rendah. Dua orang budak tu umur pun tak sampai 10 tahun. Seorang tu, kat rumah kiteorang panggil Dekta, paling bongsu, seorang lagi Syiblu, 2 tahun lagi tua daripada Dekta. Biasalah, kat rumah asyik bergaduh. Satu petang tu, diorang memekak lagi kat luar rumah. 

Tu selipar aku!
 Tu bukan selipar kau, ayah yang beli!
Ayah belikan untuk aku, aku punya lah!
 Kalau ayah belipun, bukan ayah punya. Allah punya!
Bongok je kau! Apsal pulak?
 Selipar asalnya daripada apa?
Getahlah.
 Asal getah?
Pokok getah.
 Asal pokok getah?
Biji benih pokok getah.
 Daripada mana datang semua tu?
Allah.
 Habis tu, selipar tu siapa yang punya?
Aku punya lah!
 Bongok, Allah lah yang punya.
Kau la bongok, mana kau tahu Allah pakai selipar?
 Kau la bongok!

Cerita tu tak habis lagi sebenarnya, Syibli ulang balik sampailah masuk masuk kitaran air hujan. Tapi aku kira, dengar 2 orang budak ni bergaduh pasal siapa punya selipar, apa lebih kurangnya ahli politik kat luar sana berbahas pasal negara? Kita semua sama, khalifah.

-A-

05/06/2012

Belia

"Kau ni skema lah!"

Siapa sebenarnya orang yang boleh digelarkan skema bagi korang? Biasa aku tengok, aku dengar, orang selalu cakap budak-budak yang rajin belajar, orang yang selalu duduk baca buku time sekolah dulu ialah budak skema. Betul ke?

Istilah "skema" paling sesuai merujuk kepada orang yang bodoh-bodoh ikut sistem. Ini lah baru skema. Budak yang rajin belajar, rajin baca buku tak semestinya skema. Kenapa aku cakap, bodoh-bodoh? Orang bodoh dia tak tahu, tapi kalau dia dah tahu, bukan bodoh lagi. Orang bodoh-bodoh ni memang suka jadi bodoh kot?
Kasihan betul orang yang skema macam ni, percaya sangat pada sistem.

-Jebat Madani-

02/06/2012

Why Do You Join The Rebel?

He do not answer that, but he question back

Why do you hide in the darkness? What are you afraid of? You are afraid of my youth. I have chosen death, but I'm still young. You might live, but you are old and worthless!

Have you read the study of evolution? Survival the fittest.
Have you considered the leading nations in the world were all borne of revolution?

-1911-