Ada masalah gegaran otak ke? Sila ke sini!

01/06/2012

Pandang-Pandang

Biasa dengar cinta pandangan pertama? 
Tapi mungkin jarang sekali dengar cinta dengaran pertama atau cinta bauan pertama (macam biasa terjadi pada aku) atau juga cinta-cinta lain yang dapat dirasa oleh semua deria manusia. 

Sungguh, berhati-hatilah dengan dunia. 
Jika kita tersalah buat keputusan, maka begitu mudah kita terdedah kepada lurang sengsara. 
Jangan khuatir, selagi kita berkuasa untuk bernafas, selagi itu kita punya ruang untuk bertaubat.

-A-

31/05/2012

Cuaca

Mendung, hujan, sejuk atau panas itu bukankah satu rahmat yang datangnya dari atas? Mungkin, kadangkala kita rasa lebih baik tak payah.

Mana taknya, tengah sedap berjalan-jalan kat taman bunga, tiba-tiba hujan lebat.  Terlupa plak nak bawa payung. Ingatkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Alangkah baiknya kalau cuaca terus mendung.

"Janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong!" - Isra' 37

Takut-takut nanti terlupa plak yang kita ni bukanlah siapa-siapa kat atas bumi. Ada ramai lagi yang menghuni bumi bukan atas tiket 'MANUSIA'.

-A-

30/05/2012

Setelah Diciptakan Adam

, , , Hawa pula diciptakan. Mereka hidup aman berpasang-pasangan. Tetapi iblis datang menghampiri Hawa, juga Adam. Buah khuldi menjadi umpanan.

Hawa yang paling terpengaruh memohon buah khuldi untuk dimakan, melupakan pesan dan firman Tuhan.

Kerana itu Adam dan Hawa dihumban ke bumi, jatuh melayang dari langit. Adam dan Hawa terpisah. Mereka mengembara jauh. Terlalu jauh untuk kembali ke Makkah.

Mereka tidak mungkin hidup berseorangan. Begitulah aturan berpasangan.

Setelah diciptakan Adam, Hawa pula diciptakan.

Memang begitu kejadian Tuhan.


-FT-
3 Kali Seminggu.

Kelahiran

Fikirkanlah . . .

Ertikanlah . . . 

Lahirnya kamu bukanlah untuk dunia . . . 


Tetapi . . .



Dunia untuk kelahiranmu.


-R-